RISDA Ventures Sdn Bhd (RVSB) adalah sebuah syarikat milik penuh RISDA dan bertanggungjawab untuk menyedia dan membekal baja sebatian kepada pekebun kecil yang menyertai Program Tanam Semula dan Program Peningkatan Produktiviti Getah. Syarikat ini telah ditubuhkan menggunakan syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Kumpulan Kilang Sawit RISDA Sdn Bhd (KKSR) dan RISDA Baja Sdn Bhd (RBSB).
Untuk itu misi RVSB adalah untuk menjadi pembekal rasmi baja kepada pekebun kecil dan ladang RISDA serta pembekal utama ladang swasta dalam negara dan merintis sektor Peruncitan dan Stesen Minyak ke arah peningkatan nilai tambah syarikat